Seramai 5 orang pelajar program Teknologi Mekatronik dari ILP Kota Kinabalu telah dijemput untuk menghadiri Kursus Pengenalan IR 4.0: Sistem Latihan Mekatronik MMS 4.0 di Sabah Skills & Technology Centre (SSTC) bermula pada 7 Mac 2023.
Kursus tersebut secara dasarnya adalah bertujuan untuk memberi pengetahuan secara teori dan praktikal menggunakan komponen-komponen industri yang sebenar. Sistem latihan mekatronik modular tersebut mengaplikasikan teknologi IR 4.0 dalam skala yang kecil bagi memberi pendedahan kepada pelajar akan fungsi sebenar IR 4.0 dalam industri automasi dan robotik.
Kongsi :