KEMBALI

Lawatan dan Taklimat Peluang Pekerjaan bersama Projek Laluan Rel Pantai Timur (East Coast Rail Link - ECRL), Malaysia Rail Link Sdn Bhd

Lawatan dan Taklimat Peluang Pekerjaan bersama Projek Laluan Rel Pantai Timur (East Coast Rail Link - ECRL), Malaysia Rail Link Sdn Bhd
Sebagai peneraju dan pelaksana projek Laluan Rel Pantai Timur (East Coast Rail Link - ECRL), Malaysia Rail Link Sdn Bhd telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan sesi pertemuan bersemuka dengan pengurusan ILP Kota Kinabalu bagi memberi penerangan ringkas akan 𝐩𝐞𝐥𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐨𝐭𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐩𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐩𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤 𝐄𝐂𝐑𝐋.
 
Lawatan dalah sebahagian daripada jelajah ke Sabah selama 2 hari bagi bertemu sendiri dengan pengendali institut latihan TVET seluruh Kota Kinabalu bagi membuka peluang kepada anak watan Sabah akan peluang – peluang pekerjaan yang dijana melalui projek ECRL sepanjang tempoh fasa pembinaan (Construction phase) dan fasa pengoperasian dan penyelenggaraan (Operation & Maintenance phase). Selain itu, turut ditawarkan peluang “𝐏𝐥𝐚𝐜𝐞 𝐚𝐧𝐝 𝐓𝐫𝐚𝐢𝐧” kepada pelajar – pelajar ILP Kota Kinabalu sediada.
 
Turut dibincangkan akan peluang penglibatan Malaysia Rail Link Sdn Bhd dalam 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐣𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐦𝐢𝐧𝐚𝐫 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐦𝐮𝐝𝐮𝐠𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐮𝐤𝐚 kepada graduan ILP Kota Kinabalu yang akan dijangka diadakan dalam bulan Mei 2023.
Kongsi :

logo

OSHM

logo

EKSA

logo

SCINTEX

logo

RESOURCE CENTRE