KEMBALI

Lawatan Industri ke SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd di Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP)

  • Lawatan Industri ke SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd di Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP)
  • 336213961_224581750087725_197258781679046571_n
  • 330600631_1730787280652642_6549899531083017971_n
  • 336341884_760325008664561_2942413805241863936_n
  • 330482095_885551042557323_205948932521453469_n
  • 336308739_253689610315832_8150972414035191135_n
  • 336270860_5809040152477294_2742309930379274641_n

Lawatan industri ke SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd di Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) telah diketuai oleh Ts. Sudirman bin Hammade, Pengarah ILP KK bersama En Othman b Abu Hassan, Timbalan Pengarah Operasi, En Maarof b Jamari, Ketua Jabatan Elektrik, Elektronik & ICT, En Moktar bin Matjin, Ketua Bahagian Elektrik, En Mohd Khalid b Ab. Mohd Kahar, Ketua Bahagian TPM dan En. Kasuadi b Bujang, PP CESS.

Rombongan ILP Kota Kinabalu telah disambut oleh En Zou Qiankun, Human Resources Manager dan Cik Madelene Kimkuan, Human Resources Executive. Lawatan dimulai dengan sesi taklimat ringkas pengenalan berkaitan pengoperasian SBH Kibing di KKIP dan potensi peluang pekerjaan yang ditawarkan. Dengan jumlah pelaburan sebanyak RM 2 billion, SBH Kibing dijangka memulakan operasi menjelang Oktober 2023 dan menawarkan sebanyak 2,000 peluang pekerjaan bagi pelbagai jawatan.

Dikesempatan itu juga, Tuan Pengarah turut menawarkan peluang - peluang peningkatan kemahiran (up – skilling dan re – skilling), penempatan latihan industri pelajar dan penganjuran sesi open interview bagi graduan – graduan lepasan ILP KK.

Semoga dengan lawatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara SBH Kibing dan ILP Kota Kinabalu dalam menerokai lebih banyak peluang kerjasama pada masa depan.