Panduan Kemasukan
PENGAMBILAN PELAJAR BARU
- Pengambilan kemasukan ke ILP Kota Kinabalu dilaksanakan dua (2) kali setahun (kebiasaannya pada bulan Februari dan Julai).
- Penghebahan mengenai pengambilan kemasukan akan diiklankan melalui:
- Laman web rasmi ILP Kota Kinabalu
- Laman web rasmi ILJTM yang lain
- Laman web rasmi Jabatan Tenaga Manusia
- Media Sosial Rasmi ILP Kota Kinabalu - Facebook dan Twitter
- Iklan pengambilan pelajar baru akan dikeluarkan sekurang-kurangnya dua (2) bulan daripada tarikh sesi kemasukan dan mengandungi senarai kursus yang akan ditawarkan pada sesi kemasukan berkenaan.
SYARAT KEMASUKAN
Syarat kemasukan ke pengajian peringkat sijil di ILP Kota Kinabalu dibahagikan kepada dua (2) kategori iaitu Syarat Am dan Syarat Khas. Syarat Am adalah syarat asas bagi kelayakan kemasukan untuk semua kursus/program yang ditawarkan. Syarat Khas adalah tambahan daripada Syarat Am yang hanya khusus kepada kursus-kursus tertentu sahaja.
SYARAT AM
LEPASAN SPM |
|
SYARAT KHAS
- Setiap Kursus Sepenuh Masa yang ditawarkan mempunyai syarat khas kursus sebagai tambahan kepada syarat am kelayakan kemasukan.
- Maklumat mengenai syarat khas kursus boleh dirujuk dalam penerangan terperinci bagi setiap kursus di laman Kursus Sepenuh Masa melalui pautan berikut: Kursus Sepenuh Masa.
- Bagi kursus-kursus lain yang tidak ditawarkan di ILP Kota Kinabalu, maklumat mengenai syarat khas kursus boleh didapati di portal rasmi setiap ILJTM atau laman web rasmi Jabatan Tenaga Manusia. Pautan bagi portal dan laman web dipaparkan di bahagian catatan kaki (footer).
Kongsi :
Pautan Berkaitan
Kursus Yang Ditawarkan
Permohonan Kemasukan
Kemudahan Yang Disediakan
Soalan Lazim - Kursus Sepenuh Masa