Pengenalan Kepada Kerjasama Industri
Sejajar dengan hasrat Kerajaan dalam Teras Strategik ke-5 Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) untuk meneruskan agenda menghasilkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan memiliki sikap positif untuk terus maju dalam ekonomi global, JTM dan ILP Kota Kinabalu terus memperkukuhkan hubungan dengan pihak luar seperti syarikat-syarikat swasta, agensi/jabatan kerajaan, IPTA/IPTS serta organisasi-organisasi yang terdapat di Malaysia bagi mencapai hasrat kerajaan iaitu menghasilkan modal insan bertaraf dunia yang diperlukan Malaysia untuk menjadi negara maju pada 2020.
Kerjasama industri antara ILJTM khususnya ILP Kota Kinabalu dengan rakan kerjasama dibahagikan kepada beberapa kategori:
- Memorandum Persefahaman (MOU)
- Memorandum Perjanjian (MoA)
- Nota Kerjasama (NK)
- Kerjasama Pintar (Smart Partnership)
Sekiranya syarikat-syarikat swasta, agensi/jabatan kerajaan, IPTA/IPTS serta organisasi-organisasi berminat untuk mengadakan kerjasama industri dengan ILP Kota Kinabalu, respon dan pertanyaan amat dialu-alukan. Sebagai permulaan, sila hubungi pegawai bertanggungjawab seperti dalam maklumat di bawah untuk maklumat lanjut dan pertanyaan.