Permohonan Kemasukan ke ILJTM bagi Sesi 2/2023
Dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke ILJTM bagi sesi 2/2023 kini telah dibuka. Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui Sistem Permohonan Kemasukan Ke ILJTM yang boleh diakses melalui portal ini dengan kaedah berikut:
- Klik butang AWAM pada laman utama portal atau klik di Menu Utama
- Klik pada sub menu PERKHIDMATAN ATAS TALIAN
- Cari PERMOHONAN ATAS TALIAN dan klik pada butang PAUTAN
- Pilih SISTEM PERMOHONAN KEMASUKAN KE ILJTM dan klik butang ONLINE
Tarikh tutup permohonan dalam sistem adalah 1 Jun 2023.
Berikut adalah kursus sepenuh masa yang ditawarkan oleh Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu bagi sesi kemasukan 2/2023:
- A01 - Teknologi Penyenggaraan Mekanikal
- A11 - Teknologi Automotif
- A17 - Teknologi Minyak dan Gas (Lukisan Perpaipan)
- B19 - Teknologi Elektrik Kuasa (3-Fasa)
- C01 - Teknologi CADD Senibina
- F02 - Teknologi Komputer (Rangkaian)
Sila klik pada nama kursus untuk maklumat lanjut mengenai kursus.
Kongsi :