Berlangsungnya sesi Townhall Parlimen Sepanggar bersama YB Tuan Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen P171 Sepanggar di Dewan Teratai, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu, Sabah. Sesi townhall tersebut bertujuan untuk menyantuni masyarakat setempat bagi mengetengahkan permasalahan rakyat.
Di kesempatan itu, ILP Kota Kinabalu turut membuka booth pameran bagi membuka peluang pendaftaran pelajar baharu sesi 2/2023 dan memberi penerangan kepada komuniti setempat berkaitan peluang – peluang menyambung pelajaran di ILP Kota Kinabalu. Selain itu, peluang tersebut juga digunakan sepenuhnya bagi mempromosi peluang kerjaya yang boleh direbut oleh graduan lepasan TVET.
Kongsi :