KEMBALI

Soalan Lazim - Kursus Sepenuh Masa

Pengambilan kemasukan pelajar baru ke ILP Kota Kinabalu dijalankan dua (2) kali iaitu pada bulan Februari dan Julai setiap tahun. Iklan mengenai pengambilan pelajar baru akan dihebahkan melalui portal rasmi ILP Kota Kinabalu, laman web Jabatan Tenaga Manusia dan platform Media Sosial Rasmi ILP Kota Kinabalu seperti Facebook dan Twiiter.

Tidak. Kursus-kursus yang ditawarkan adalah berbeza bagi setiap sesi pengambilan kemasukan. Oleh yang demikian, adalah disaran untuk menyemak maklumat iklan pengambilan di setiap sesi kemasukan bagi mengetahui kursus-kursus yang ditawarkan pada sesi kemasukan tersebut.  Untuk maklumat lanjut.

Buat masa ini, semua kursus sepenuh masa hanya dibuka permohonan kepada semua Warganegara yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berumur 17 hingga 35 tahun. Pemohon juga tidak buta atau buta warna (tidak berkacamata/tidak memakai kanta lekap), tidak pekak (tanpa alat bantuan pendengaran) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran. 

Permohonan ke Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu boleh dilakukan secara dalam talian (online) melalui laman web Jabatan Tenaga Manusia di www.jtm.gov.my (atau sila ke menu Perkhidmatan Atas Talian pada Menu AWAM) bagi sesi kemasukan Februari dan melalui laman web UPU di http://upu.mohe.gov.my bagi sesi kemasukan Julai. Untuk maklumat lanjut.

Permohonan Tempoh pengajian adalah di antara satu (1) tahun sembilan (9) bulan sehingga dua (2) tahun tiga (3) bulan termasuk tiga (3) OJT (On-Job Training) atau Latihan Industri. Tempoh menjalani OJT (On-Job Training) atau Latihan Industri adalah selama tiga (3) bulan kecuali Kursus Teknologi Elektrik Kuasa (3-Fasa) yang mana tempoh OJT adalah enam (6) bulan. Untuk maklumat lanjut.

Kongsi :

logo

OSHMS

logo

EKSA

logo

SCINTEX

logo

RESOURCE CENTRE