Training Cum Product (TCP)
Training cum Production (TCP) merupakan satu perkhidmatan kepakaran yang disediakan oleh ILP Kota Kinabalu kepada individu atau syarikat selain daripada latihan sepenuh masa dan kursus jangka pendek.
Teaching Factory (TF) merupakan suatu konsep pembelajaran di ILP Kota Kinabalu yang berasaskan industri yang merujuk kepada standard dan prosedur sebenar di industri. Pelaksanaan TF di ILP Kota Kinabalu mampu mendedahkan para pelajar dengan keperluan dan suasana di industri.
Perkhidmatan TCP/TF boleh merangkumi empat (4) perkara berikut:
- Sewaan mesin;
- Khidmat nasihat;
- Pembuatan produk; dan
- Kerja-kerja servis, pendawaian dan pembinaan.
TCP/TF tidak mewajibkan ILP Kota Kinabalu menandatangani MOU atau SP dengan pelanggan. Memadai dengan dokumen persetujuan daripada pelanggan mengenai spesifikasi, kadar dan kaedah bayaran perkhidmatan yang ditawarkan oleh ILP Kota Kinabalu.
Untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai TCP, sila hubungi
Bahagian Korporat & Khidmat Sokongan Pekerjaan (CESS)
Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu
Jalan 3 KKIP Selatan
88460 Kota Kinabalu
SABAH
Pegawai Bertanggungjawab : En. Kasuadi bin Bujang
Tel : 088-499 825
Emel : kasuadi@jtm.gov.my
Kongsi :