KEMBALI

Permohonan Kursus Jangka Pendek

BAGI KATEGORI KURSUS MODULAR, PERSIJILAN PROFESIONAL, DAN SEMINAR

  • Permohonan bagi mengikuti kursus jangka pendek yang ditawarkan untuk kategori kursus modular dan kursus persijilan profesional boleh dibuat sepanjang tahun secara atas talian melalui Portal e-KJP ILP Kota Kinabalu. 
  • Senarai kursus modular dan persijilan profesional dengan maklumat lengkap berkaitan kursus boleh didapati menerusi Portal e-KJP ILP Kota Kinabalu.
  • Tawaran kursus jangka pendek terutamanya kursus berbentuk seminar juga akan dihebahkan dari semasa ke semasa melalui iklan tawaran pengambilan kursus jangka pendek menerusi platform Media Sosial Rasmi dan Portal Rasmi ILP Kota Kinabalu.

BAGI KATEGORI KURSUS CUSTOMISED

  • Permohonan bagi kursus customised perlu dibuat secara bertulis kepada Pengarah ILP Kota Kinabalu dengan menyatakan hasrat atau cadangan menjalankan sesuatu kursus.
  • Perbincangan lanjut bersama institut akan dijalankan bagi menentukan kaedah pelaksanaan kursus seperti kandungan topik, jenis persijilan, tempoh kursus, kos pelaksanaan kursus dan sebagainya.
  • Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan kursus customised, sila hubungi bahagian yang bertanggung jawab seperti dalam maklumat di bawah.

BAGI KATEGORI PROGRAM PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT)

  • Permohonan bagi program Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) boleh dibuat dengan merujuk kepada bahagian yang bertanggung jawab seperti dalam maklumat di bawah.

MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI

Bahagian Kawalan Kualiti Latihan (BKKL)

No. Tel  : 008-499 825

Emel     : bkkl.ilpkk@gmail.com

Kongsi :

logo

OSHMS

logo

EKSA

logo

SCINTEX

logo

RESOURCE CENTRE