BACK

Kunjungan Mesra YBhg. Dato' KPPA ke ILP Kota Kinabalu

  • Kunjungan Mesra YBhg. Dato' KPPA ke ILP Kota Kinabalu
  • 334155973_878093990182778_8000213504988229219_n
  • 334073440_118802364329290_4060588453644307768_n
  • 333944500_561348062695959_5705783098394515810_n
  • 333784702_588310049559129_2005663497128429550_n

ILP Kota Kinabalu amat bertuah kerana menjadi institusi terawal yang dikunjungi oleh YBhg. Dato' Dr. Zulkapli bin Mohamed, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baharu. YBhg. Dato' KPPA sedang dalam rangka lawatan kerja ke negeri Sabah. YBhg. Dato' telah diberi taklimat berkenaan operasi dan juga pencapaian institut yang disampaikan oleh Pengarah dan pihak pengurusan ILPKK. 
 
YBhg. Dato' memberi amanat dan pesanan kepada ILPKK agar institut menyahut seruan untuk sentiasa berdaya cipta demi bagi memperkukuhkan lagi fungsinya dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang holistik, graduan yang dilahirkan bukan sahaja menepati kehendak industri dari segi kemahiran dan penguasaan teknologi bahkan menjadi insan yang bersahsiah tinggi dan berkeperibadian mulia demi kemakmuran negara selaras dengan konsep Malaysia Madani.
 
Sesungguhnya lawatan YBhg. KPPA ini telah menaikkan lagi semangat di kalangan warga kerja ILPKK dalam menggalas tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
 
Share :