KEMBALI

F02 - TEKNOLOGI KOMPUTER RANGKAIAN

F02 - TEKNOLOGI KOMPUTER RANGKAIAN
Kod Kursus :
F02
Nama Kursus :
TEKNOLOGI KOMPUTER RANGKAIAN
Pengenalan Kursus :
Pelajar akan didedahkan kepada teori dan kemahiran tentang binaan komputer (hardware dan software) serta rangkaian (susun atur kabel rangkaian, pemasangan kabel, rangkaian-fiber-optik, penyelenggaraan sistem rangkaian) sistem sekuriti rangkaian komputer, asas pengaturcaraan komputer, sistem suis (switching) dan sistem tanpa wayar (wireless system).
No. NOSS & Nama Program (JPK) :
IT-030-3:2013 - PERKHIDMATAN RANGKAIAN KOMPUTER
Tahap :
3
Tempoh Pengajian :
1 tahun 6 bulan + OJT 3 bulan
Prospek Kerjaya :
Menjadi kontraktor berdasarkan pengalaman kerja, bekerja dengan mana-mana syarikat telekomunikasi (contoh kontraktor vendor tm dan lain-lain lagi. Menjadi juruteknik pemasangan fibre-optik, juruteknik rangkaian komputer, juruteknik pentadbir rangkaian komputer, network planner dan juruteknik komputer(FT19).
Penganugerahan Sijil :
1. Sijil Teknologi daripada Jabatan Tenaga Manusia
2. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran
Struktur Modul :
Struktur Modul - F02 - TEKNOLOGI KOMPUTER RANGKAIAN
Nilai Tambah :
1. Berpeluang mendapatkan persijilan profesional CA1C/CA2C Telekom Malaysia
2. Berpeluang mendapatkan persijilan profesional CCNA
Syarat Kemasukan :
1. Memenuhi syarat am kelayakan kemasukan
2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan keputusan berikut:

Lulus Bahasa Melayu
Lulus Sejarah
Lulus Matematik/Matematik Tambahan dan
Lulus satu (1) subjek lain selain subjek di atas
Pegawai Perhubungan :
En. Fakhrul Asni Sabki
Ketua Bahagian Teknologi Komputer Rangkaian

Emel: fakhrul@jtm.gov.my
No. Tel: 088 499825

Kongsi :