KEMBALI

Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen ILP Kota Kinabalu ke Kejohanan Sukan ILJTM WIlayah Timur kali ke-10 (SWiT-X) tahun 2023

  • Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen ILP Kota Kinabalu ke Kejohanan Sukan ILJTM WIlayah Timur kali ke-10 (SWiT-X) tahun 2023
  • 347439328_983359766441860_5893224398547334864_n
  • 347109862_6728062053873727_1176690043539142594_n
  • 347596390_553503333638109_1857132888202498586_n
  • 347546832_707330941399192_7109138223811155324_n
  • 347567083_260701476359673_4389423534861804495_n
  • 347578174_264668365952088_1936521460144716001_n
  • 347596779_785807832864965_834711347224866335_n
  • 347781321_792690052367203_5919451898738687886_n

Majlis penyerahan bendera dan pelepasan kontinjen ILP Kota Kinabalu ke Kejohanan Sukan ILJTM Wilayah Timur (SWiT-X) telah disempurnakan oleh Pengarah ILP Kota Kinabalu, Tuan Ts. Sudirman Hammade. Kontinjen ILP Kota Kinabalu yang diketuai oleh Ketua Kontinjen, Encik Razinen Hassan akan berangkat ke ILP Miri bermula pada 17 Mei 2023.
 
Kejohanan Sukan ILJTM WIlayah Timur kali ke-10 (SWiT-X) berlangsung pada 17 hingga 21 Mei 2023 bertempat di ILP Miri selaku tuan rumah bagi edisi kejohanan yang ke -10. Sebanyak 6 kontinjen yang akan menyertai SWiT-X kali ini iaitu ILP Miri, ILP Sandakan, ILP Labuan, ILP Kota Samarahan, ADTEC Bintulu dan termasuk ILP Kota Kinabalu. 
 
Dianggarkan seramai 669 orang atlet yang terdiri daripada 206 orang pegawai dan kakitangan ILJTM serta 463 orang pelajar akan berkumpul di ILP Miri selama 5 hari bagi merebut 15 pingat emas yang ditawarkan daripada 9 jenis sukan yang dipertandingkan. Untuk pengetahuan semua, kali terakhir Kejohanan Sukan ILJTM WIlayah Timur diadakan pada tahun 2015 di mana ADTEC BIntulu telah menjadi tuan rumah. Edisi SWiT kali yang ke-9 itu, ILP Sandakan telah menjulang pemenang keseluruhan diikuti ILP Kota Kinabalu di tempat yang kedua dan ILP Kota Samarahan di tempat yang ketiga.
 
Untuk informasi lanjut mengenai SWiT-X dan mengetahui keputusan acara sukan secara live, sila layari pautan berikut:
 
Kongsi :