KEMBALI

Program Gotong Royong Perdana Bilangan 2 Tahun 2024 ILP Kota Kinabalu

  • Program Gotong Royong Perdana Bilangan 2 Tahun 2024 ILP Kota Kinabalu
  • 453408761_1012965397500739_2113295258266955294_n
  • 453607529_1012965687500710_6211653017583342686_n
  • 453537791_1012965617500717_4094337025807513095_n

Program Gotong Royong Perdana bilangan 2 bagi tahun 2024 telah diadakan pada 31 Julai 2024. Semua pegawai, kakitangan dan pelajar terlibat dalam aktiviti pelaksanaan gotong royong yang mana fokus kepada kerja-kerja membaik pulih jalan dengan menampal lubang dan mengecat semua garisan atas jalan.

Selain itu, padang bola sepak juga diperbaiki dengan meratakan permukaan padang menggunakan pasir. Manakala di kawasan asrama, kerja-kerja memperbaiki kunci almari pelajar turut dilakukan. Bagi bahagian bengkel, kerja-kerja pembersihan, menyusun atur semula bilik kuliah dan sebagainya juga dijalankan.

Pihak pengurusan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat atas komitmen yang diberikan dalam menjayakan program gotong royong ini.

Bekerjasama bersatu hati,
Bagai aur dengan tebing,
Gunung sama didaki,
Lurah sama dituruni,
Yang berat sama dipikul,
Yang ringan sama dijinjing.
Kongsi :