Audit Pentauliahan Pensijilan Semula Sistem Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan ISO 45001:2018 di ILP Kota Kinabalu telah diadakan pada 3 hingga 4 April 2023 oleh Auditor Bertauliah Encik Mohd Amin bin Adrah dan Puan Hellena Ak Lenggeng yang mewakili NIOSH Certification Sdn. Bhd.
Audit ini adalah bertujuan untuk pengiktirafan pensijilan semula Sistem Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan ISO 45001:2018 bagi tempoh 3 tahun akan datang. Pentauliahan pensijilan semula ISO 45001:2018 merangkumi ruang pentadbiran, bengkel, makmal dan bilik kelas.
Pihak Auditor memberi rekomendasi bagi pensijilan semula Sistem Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan ISO 45001:2018 kepada Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu setelah sesi audit selesai. Justeru itu, diucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh warga ILP Kota Kinabalu atas kejayaan mengekalkan Pensijilan Sistem Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan ISO 45001:2018 bgi tempoh 3 tahun.
Ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Institut di atas usaha dan komitmen yang tidak terhingga menjadikan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu satu-satunya ILJTM di seluruh negara yang diiktiraf dengan pensijilan Sistem Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan ISO 45001:2018.