BACK

Launch Ceremony of the Industry in Academia (ADi) MPC/JPK and Signing of the Memorandum of Cooperation Between ILP Kota Kinabalu and Saleh Truck & Trailer Manufacture Sdn. Bhd.

  • Launch Ceremony of the Industry in Academia (ADi) MPC/JPK and Signing of the Memorandum of Cooperation Between ILP Kota Kinabalu and Saleh Truck & Trailer Manufacture Sdn. Bhd.
  • IMG_0946
  • IMG_0950
  • IMG_0957
  • IMG_0959
  • IMG_0951
  • IMG_0958
  • IMG_0947

Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) di antara ILP Kota Kinabalu dan Saleh Truck & Trailer Manufacture Sdn. Bhd. telah diadakan pada 17 Julai 2024 bertempat di Samsung Academy Room, ILP Kota Kinabalu.

Memorandum Kerjasama tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah ILP Kota Kinabalu, Ts. Sudirman bin Hammade bersama Encik Nur Fakhrullah bin Mohd Saleh selaku Pengurus yang mewakili Saleh Truck & Trailer Manufacture Sdn. Bhd. 

Majlis yang cukup bermakna itu turut disaksikan oleh Encik Edward Binty, Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Sabah dan Puan Nadiah Tulakmar binti Kamarudin selaku Pemangku Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Wilayah Sabah.

Pada majlis berkenanan juga, tercipta satu sejarah kepada ILP Kota Kinabalu yang mana institut latihan kemahiran awam (ILKA) pertama di Sabah yang melaksanakan program Akademi Dalam Industri (ADi) iaitu program bekerja sambil belajar di bawah seliaan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Bagi program tersebut, seramai 22 peserta Akademi Dalam Industri (ADi) yang telah dipilih di kalangan pekerja-pekerja Saleh Truck Trailer Manufacture Sdn. Bhd. untuk menjalani program latihan selama 12 bulan yang akan dilaksanakan di ILP Kota Kinabalu.
Share :