BACK

Pingat Emas dan Perak bagi ILP Kota Kinabalu dalam Pertandingan Inovasi Sempena Hari Terbuka Kimanis Training Centre (KTC)

  • Pingat Emas dan Perak bagi ILP Kota Kinabalu dalam Pertandingan Inovasi Sempena Hari Terbuka Kimanis Training Centre (KTC)
  • 449445345_993774556086490_6042602587369003328_n
  • 449829179_993774549419824_6114839399439785201_n
  • 449448351_993774246086521_5033287925196563638_n
  • 449833303_993774786086467_7373404089702801794_n
  • 449837055_993774169419862_8291279466870259960_n
  • 449839174_993774269419852_1357225946232734230_n
  • 449851360_993774739419805_5646461769459581172_n
  • 449852865_993774429419836_6142619598715614694_n
  • 449853152_993774776086468_1910516035026697501_n
  • 449854385_993774336086512_4573409758550121139_n

Tahniah kepada 2 pegawai daripada ILP Kota Kinabalu iaitu En. Mohd Rasidi bin Ithnin, pengajar Bahagian Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal dan Pn. Azliah binti Ahmad, pengajar Bahagian Teknologi Mekatronik di atas kejayaan merangkul pingat Emas dan Perak melalui hasil kreativiti dan inovasi dalam penyertaan Pertandingan Inovasi Terbuka untuk Institusi TVET seluruh Sabah sempena Hari Terbuka Kimanis Training Centre (KTC) pada 4 Julai 2024.

Projek bertajuk EZ Lamp hasil nukilan En. Mohd Rasidi bin Ithnin telah memenangi tempat Pertama (pingat Emas) dan Pn. Azliah binti Ahmad dengan projek PV Solar School Bell System telah memenangi hati juri dengan merangkul tempat kedua (Perak). ILP Kota Kinabalu turut menghantar satu lagi projek iaitu EZ Fruit Wrapper yang mana telah menduduki tempat kelima.
Share :